Sunday, June 28, 2009

SCKLM 2009

First sekali aku nak recap kata-kata ni masa aku menerkam ke arah finish line tadi, "This is the end of the road, Galvatron!". Petikan dari kartun Transformers the movie tahun 90-an dari ayat Rodimus Prime lepas dia dapat power dari the Matrix. Pergh! Naik bulu roma gwe :P

Now, lets go back down memory lane for the last 18th week dalam training untuk first marathon aku. Week 18 yang penuh dengan cacar merba sebab terletak antara kategori tapering or memonteng. Dah hujung-hujung ni aku dah naik malas nak fikir pasal marathon sebab komitmen yang telah aku locked amik masa lebih 5 bulan. Memang patut pun aku tepu. Nasib baik milage dah kira cukup cuma tapering lebih kepada rest! rest! rest! aje.

Tiba last day before SCKLM, aku dah mula huru hara. Siap ada satu malam mimpi ngeri terbangun pukul 3 pagi. Hahaha! Mimpi kasut tertinggal kat rumah bila dah sampai dataran merdeka. Berderau darah aku. Untuk first timer macam aku ni memang mental belum cukup kuat, especially waktu menjelang hari lebaran. Mental kacau tuh.

Semalam memang aku dedicate kan masa untuk melepak je. Pagi lari sikit dalam gelap subuh dgn kaum sekampung. Buat 4km je untuk bagi muscle kaki terkejut sikit. The rest of the day dihabiskan dengan melayan perasaan yang huru hara. Habis youtube aku layan lagu-lagu favorite untuk bagi boost anxiety instead of worriness. Tak puas youtube, layan pulak mp3. Early dinner at 7.00pm & masuk tidur awal.

Pukul 1.10am aku terjaga, rasa macam dah puas tidur tapi belum 2.30 untuk aku bangun. Mula lah pusing sana sini. 3.30am berkonvoi naik motor ke dataran dengan kaum sekampung. Sampai just nice untuk siap & sempat mandi hujan kat starting line sampai la waktu berlari for 1st 5km.

Pace agak cantek. Dengan berbekal kan pace note yang aku prepare, aku dapat follow sampai la masuk waktu subuh. Singgah solat jap kat Masjid Alam Syah. Lepas tu catch up balik time dengan maintain pace. Kaum semua dah berterabur. Ada yang kat depan, ada yang kat belakang. Aku bedal je Jalan Tun Razak all the way sampai ke Kg Baru. Jumpa Saiful kat depan Tabung Haji. Maybe dia potong masa aku solat. Siang dah mula menampakkan kesibukan kota metropolitan. Sampai mark 21km, timing aku ada delay seminit. Aku masih bersyukur sebab masih gagah.

3 jam setengah berlalu bila aku mula sampai ke mark 32km. Keadaan sudah berada di luar kawalan. Aku terkejut bila terjumpa Zulhassan (antara blog favorite yang aku follow). Dia dah kaput sebab kaki krem. Aku terpaksa KIV sesi suaikenal dengan dia since kami sama-sama dalam keadaan yang kurang stabil. Aku masih ada 10km lagi, which aku bakal akan tau langit tinggi & rendah. Ye! Memang betul! Tepat sekali. Langit yang tinggi sekali, setinggi & sepanjang bukit kat Muzium Negara. Aku dapat saksikan ramai runners yang dah mula landing tolak sama ada guardrail atau pun tiang lampu DBKL. Sepanjang-panjang jalan tu panorama yang sama. All the way to simpang nak ke Jln Duta. Jari jemari kaki aku pun dah mula nak tergeliat sebab nak krem. Tak boleh layan beb. Not now! Makin kuat aku hentak kaki atas tarmac nak bagi pressure sikit kat jari-jari yang dah mula nak bermanja. Alhamdullillah dia hilang.

Sampai bukit (actually ramp flyover) nak ke Wisma Tani, aku telah membuka menu baru, jalan + lari all the way to Lorong Haji Taib. Octagon telah gagal dalam menyediakan kemudahan air untuk saat-saat kritikal seperti lepas climb bukit Wisma Tani. Stok air boleh habis pulak kat situ. Lebur hasrat aku nak bedal powergel. Nasib baik brader tu sepak2 botol air kosong terjumpa ada satu yang masih penuh. Itu pun aku dapat seteguk sebab share dengan runners lain.

At 38km (depan JKR), which is lagi 4km aku telah try out the 5k pace. Mampu cuma sampai depan DBKL je sebab pergelangan kaki dah mula sengal. Rezeki aku dapat juga swig powergel lepas Medan Mara tapi pace aku dah macam larian kimono. Tak boleh jadi. Gel dah telan, takkan itu pun tak boleh motivate?! Sejurus aku lepas Sogo, aku nekad untuk all out all the way. The constant pounding berlarutan hingga ke finish line dengan aku mencipta sejarah pertama aku dalam marathon clocking 4:44:13. Alhamdullillah.

Namun cabaran aku belum habis kat situ. Aku terpaksa berjalan ke arah booth 100plus kat area tiang bendera dataran, lepas tu nak pi amik medal & bag kena beratur panjang. Aduh! Aku decide untuk detour ke arah medical tent & tuam ais kat kaki. Kaum-kaum aku sampai at 4:53 (Nizam), 5:00 (Saiful), Zakuan, Hanchik, Zaidi & Deti. Semua complete. Syabas untuk semua.

Bonus untuk 5 bulan training & 4 jam lebih berlari ialah tak lain dan tak bukan, santap nasi kandar Ibrahimsha! World!


Juga aku ingin merakamkan 8000 kali my greatest appreaciation to:
Wifey for believing in me & all the psychological & mental support.
Alwin sebab introduced kat aku Hal's marathon training program which was very helpful.
Bachin sebab share those precious knowledge, experiences & tips especially the famous 3 sets squad ritual :)
Nizam, Deti, Saiful, Zakuan, Zaidi & Hanchik for being the best training buddies for more than 5 months be it rain or shine.
And to sesaper je yang make it happened :P



Saturday, June 20, 2009

The remainings...

Whoa! Tinggal lagi 8 hari! Untuk tempoh masa balance lagi 2 minggu ni aku dah mula malas nak fikir pasal marathon. Lagi difikir, lagi huru hara dibuatnya. Yang penting, semuanya Insyallah teratur. Cardio ok. Kaki ok. Kasut dah decide. Vest ok. Short ok. Socks ok. Cap ok. Road ID ok. Powergels dah beli tadi dari Dicky. Remaining 8 hari ni semata-mata untuk stay healthy, stay safe, stay fit, makan, double hydrate sebab cuaca melampau & tonnes of rests. 8 hari ni juga adalah antara period yang paling mencabar, tak as challenging as the last 5 months in training.

As we speak, semalam aku telah tergebak dalam kemalangan jalanraya. Padahal 2-3 minit sebelum tu kepala dah mula terfikir tentang safety hazard being a soon to be marathoner & at the same time a motorbike rider in KL. Dua perspektif yang agak bercanggah. On the way to the office from Megan lepas solat Jumaat, lokasi MRR2 selepas Bukit Antarabangsa menghala Ampang. Jalan sesak sebab ada kemalangan lain yang actually langsung tak mengganggu trafik sebab dah dok kat tepi. Satu bas persiaran sudah switch lane & menyebabkan honda city asoh depan aku break mengejut untuk mengelak bas tu. Aku pulak baru aje lepas mencilok sebuah motor yang agak slow. Sebelum sempat aku kat "cis!", tekanan brek kaki dah terlewat. Tayar belakang yang dah lock mencengkam jalan macam orang takde gigi. Boom! Aku sondol buntun honda city & skill mtb aku mampu untuk menahan badan aku dari tertiarap atas jalan. Malang tak berbau. Allah kalau nak lucut nikmat hambaNya, dalam sekelip mata aje. Terus kaki kanan aku yang menahan tu ada terasa sengal sikit kat ankle. Motor ok cuma side mirror kanan je tertuis sikit.

Larian panjang hari ni berlangsung spt yang di rancang. 12km kat Tmn Tasik Permaisuri. Alhamdullillah kaki tak memberi kesan apa2 hasil dari stunt semalam. Malah aku masih mampu untuk push last lap 4km at 90% max HR. Terasa mantap. Amin.


Seperti yang aku plan, cross training (actually prep utk Century Ride) aku buat Ahad. Dapat cover 2 jam 38 minit dari rumah ke simpang Peres dengan Alwin. Aku masih belum gagah on the bike sebagaimana kemampuan aku berlari. Tapi aku akan try jugak.